Selasa, 14 Mei 2013

Ikutlah Peraturan

15 MEI 2013:-Ramai guru mencari ada guru tidak masuk kelas,apabila guru yang mengajar di kelas sebelah mengarahkan ketua kelas untuk mencari guru berkenaan ketua kelas mencari tidak ada juga.Apa lagi keadaan huru hara,tidak terkawal dan murid berbuat bising,guru yeng mengajar di kelas sebelah terganggu.Apabila di telefon oleh PK1 barulah dapat maklumat rupanya guru berkenaan turun ke Bandar/Sandakan atas urusan peribadi.Mengaapa tidak maklumkan kepada pengurusan sekolah lebih awal.Kalau tidak dicari tidaklah kedapatan guru berkenaan ponteng mengajar.

Ahad, 28 April 2013

Kenalah Ikut Saluran Yang Betul

Pada 29 APRIL 2013:-Inilah ba yang tidak betul ini,bikin geram juga apabila prosedur kerja tidak mengikut saluran yang betul.Kita tahu semua guru cemerlang akan diterik untuk bertugs di PPD.Guru-guru berkenaan sudahpun lapor diri tetapi masih berada di sekolah untuk mengemaskini dokumen dan akan membuat penyerahan tugas kepada guru besar.Belum kemaskini dokumen belum buat nota serah tugas kepada guru besar guru berkenaan diarah sudah melawat ke beberapa buah sekolah melalui sms.Sepatutnya pegawai daripada PPD memaklumkan kepada guru besar dan guru besarlah yang akan memberikan keputusan.Guru berkenaan hanya memperlihatkan sms pegawai daripada PPD dan terus jalan meninggalkan sekolah.Maaflah saya tidak mahu masuk kelas untuk menggantikan masa guru berkenaan kecuali guru yang ada urusan secara rasmi menghadiri taklimaat atau pergi berkursus atau mengiring murid ke mana-mana program rasmi.

Rabu, 17 April 2013

Bola Baling MSS Bahagian


Pada 17 APRIL seramai 6 orang murid SK Pekan terpilih mewakili MSS Daerah Beluran ke kejohanan Bola Baling B12(L) Peringkat Bahagian Sandakan yang diadakan di Telupid.Cikgu Mohd Sapar Saiman dan Cikgu Asrul Rahimee Ahmad terlibat mengiring pasukan MSS Daerah Beluran.Pukul 4.30 petang Guru Pengiring memaklumkan Pasukan Beluran tempat ketiga selepas Sandakan dan Telupid.Apapun TAHNIAH kepada semua yang terlibat.Seorang pemain daripada SK Pekan Beluran telah terpilih mewakili Sandakan ke peringkat negeri iaitu Miguel Riesond Kapitan. tahun 6 Cekap.

Selasa, 16 April 2013

Doktor Muda

Pada 18 APRIL 2013 Pukul 2.00 petang:-Seramai 15 oraang ahli doktor muda SK Pekan Beluran mengadakan lawatan ke Klinik Kesihatan Hospital Beluran.Tiga orang guru terlibat mengiring murid.

Ahad, 14 April 2013

e-Hadir

Apa matlamat wujudnya aplikasi secara atas talian e-hadir penjawat awam terutama melibatkan kakitangan Kementerian Pelajaran Malaysia,guru dan aks.Adakah pengisian  maklumat itu telus dan sejujur-jujurnya sepertimana sepatutnya.Dalam soal ini,kita tidak pertikaikan bagi kakitangan yang bertugas di bandar dan pesisir pekan.bagaimana dengan mereka yang bertugas nun jauh di pedalaman?Sebagai contoh dalam mesyuarat pengurusan  PPD Beluran bersama guru-guru besar di Sabah Hotel pada 04 APRIL 2013.beberapa buah sekolah yang gagal mengemaskini maklumat e-hadir.Apa tindakan di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah Beluran.Apatah lagi sekolah berkenaan melibatkan beberapa kakitangannya yang hanya hadir ke sekolah 3-4 kali setahun.

Istilah "Tidak Senang"

Tidak dinafikan,ada pegawai yang berbakat mengendali,mengurus dan sempurna kerja yang dilaksanakan di bawah tanggungjawabnya jika diberikan peluang.Pegawai yang dilihat rendah nilai pengurusan diri dan tidak banyaak songgeh rupanya apabila diberikan peluang dan  kepercayaan oleh ketua organisasi menjalankan tanggungjawab segalanya beres dan sempurna.Dengan ini tidak disenangi pula oleh beberapa orang yang terpaksa bekerja di bawah kendeliannya.Apakan lagi orang yang dipertanggungjawabkan itu masih muda berbanding dengan mereka.pastinya ada yang sekadar biasa bekerja dengan ala kadarnya sahaja.Timbullah ragam dan karenah orang yang tidak senang hati,tidak mustahil berlaku sebotaj pada masa akan datang,ada pihak yang tidak memberikan penuh kerjasama.Sebagai seorang teraju organisasi harus mengawasi situasi-situasi seperti ini dan terus bertindak untuk membetulkan keadaan.

Sabtu, 13 April 2013

Istilah "King"

Kebenaran ada,jika seseorang penjawat awam yang berada dalam satu organisasi begitu lama [10-15 tahun] akan mendatangkan masalah kepada organisasi itu dan akhirnya wujud ketidakpuasan hati di kalangan ahli dalam organissi berkenaan.Orang berkenaan akan cuba mempengaruhi orang lain dan banyak bodek kepada pegawai kanan dan ketuanya,cuba menunjukkan dia juga boleh dan setanding dengan teraju organisasi.Sikap kurang respon dan bekerjasama juga dapat dilihat,Banyak kerjanya yang akan dilakukan secara sambil lewa,bertangguh dan tidak sempurna perlaksanaannya.Orang yang tidak sehaluan pasti banyak rungutan dan timbullah perkara banding-membanding.Orang yang menjadi ketua kalau alang-alang pasti sakit jiwa dan selalu terganggu kesihatannya.Keputusan terakhir cepat-cepat mau pindah ke tempat lain.Elok sangatlah tempoh masa lima tahun cukup bagi seseorang berada dalam satu-satu organisasi dan perlu ditukar ke organisasi lain secara setara,naik pangkat atau "redeployment of staff".